Friday, June 8, 2012

Mencari rumah sewa berdekatan frim kepong

Assalamualikum semua..k kali nie ciksu sedang mencari rumah atau bilik sewa area kepong ni ha..

buat pengetahuan kalian adk ciksu akan berpraktikel selama 2 bln kat frim kepong dr akhir jun sampai awal august 2012, penat dah ciksu mencari-cari umah sewa area frim ni ha.. aduii masih tak jumpe-jumpe..tetiba terfikir kot2 la kan ade insan-insan yg sedang google2 gak nk mencari umah sewa..tiba-tiba terjumpa dan terbaca blog ni...alangkah bagusnya
Alhamdulillah
bak kate pepatah
'usaha tangge kejayaan'

kirenye ni suatu usaha juge la kan..
insya'Allah

k kalau la kirenye..anda/kawankawan/saudaramara bakal berpraktikal

lebih kurang date gan adik ciksu dan berminat utk joint atau ade cadangan sebarang rumah/ bilik utk disewa boleh la kita berkejasama..

huhu..adetak adetak? (sambil angkat-angkat tangan)


k nie maklumat sikit berkenaan adik ciksu utk sedikit makluman:

Nama: Siti Nur Ziana Binti Md Saleh
Asal: Banting, Selangor

Umur: lahir tahun 1991 (kire sendiri ye) :)
Universiti: UMT

Kos: Sains Kimia
Tarikh praktikal: akhir jun 2012~ awal august 2012(lebih kurang 2bulan)
Rakan-rakan praktikal dr UMT: 2 orang pelajar wanita (kedua-duanya asal kedah)

kalau ade sesiapa yg ter bekenaan/ ter sedang mencari seperti kami, sudi-sudi la conteng di ruangan komen bawah nie..kalau agak-agak segan nak conteng, leh je email pada ciksu kat sini.. cik_su@yahoo.com.my



terimakasih semua


#Sesungguhnya jika kita memudahkan urusan seseorang insya'Allah urusan kita juga akan dipermudahkan oleh Allah..^^, amin2

TQ ALLAH

Wednesday, June 6, 2012

aktiviti semasa relief kelas ^^

Asalamualaikum dan selamat pagi semua..
terima kasih sebab sudi utk singgah sini..uolls ni mesti cikgu kang? uuuhhuu (pandainyesaye 'perasan')



opkos kalau ade yg search topik ni adalah cikgucikgu atau cikgicikgi kan..so "selaaaaamaaaaat paaaaagi cik'guuuu!!" bc versi uipinipin ye..eheee

saje ciksu search aktiviti ni, sbb harapnye xla pelajar boring dlm kelas mse ciksu relief nnti kan..alangalang ciksu dah search, lbh baik ciksu share gan korangkorang kan, yela bak kate
pepatah..

                   'bila kita kongsi yang sedikit insya'Allah kita akan dpt yg banyak'
 penah dengor ke???..
(pepatah ciptaan by ciksu)ekekeke

'lebih baik beri sedikit daripada tidak memberi langsung'

k kat bawah ni ciksu sertakan link2 yg boleh anda search utk jalankan aktiviti di dlm kelas..


http://skldgp-kama.zoom-a.com/img/AKTIVITI%20LDK.pdf

http://www.slideshare.net/pungguksiber/25-sample-aktiviti-dan-permainan-kreatif-islami

http://www.slideshare.net/SKSBeroleh/aktiviti-l-d-k


http://creativesifu.wordpress.com/2009/07/14/222-aktiviti-permainan-kreatif-islami-remaja-pelajar-ipt-dewasa/

http://imandanish82.blogspot.com/2009/12/modul-kepimpinan.html

selamat mencuba


TQ ALLAH

Wednesday, May 30, 2012

Officially dg41

Assalamualaikum semua..haluu kengkawan..hehe..lame sudah engak ketemu..maap-maap atas kelewatan..^^

kt masih kawan kn..hehe

kali ni ciksu nk ceghite sikit pekerjaan ciksu di saat ini..
oke buat pertamatama kalinye ciksu bersyukur sgt kehadrat ilahi sbb skrg ciksu dah officially dpt merase citecite ciksu sejak kecil 'Cikgu'
leh la panggil ciksu 'cikgu suraya' lps ni
hehe
seperti yg kalian ketahui hampir setahun ciksu menunggu penempatan ni..
hehe..
bukan senang taw nk jd cikgu..

meh ciksu nak story alkisah penempatan ciksu ni


bermula pada tarikh 13/5/12 ramai kwn2 yg dah dpt chek negeri penempatan.
walaupun haritu ciksu de bgthu yg ciksu dh lulus interview spp, tp bile cek kwsn penempatan, 
kawasan penempatan ciksu xde 

xfham dgn perkataan xberjaye dan tarikh penempatan 23/5
time tu cm kompiuss..


bile esoknye 14/5/12 chek sekali lagi
ciksu dpt tahu yg ciksu dtempatkan di fasa 2.. hanye sebahagian sahaja 
ditempatkan fasa 2..
kebanyakan kos scs, math, ekonomi dan kaunseling dapat fasa 2
kos2 laen ramai yg dah dpt tau negeri penempatan

kosmate ciksu semua dpt fasa 2
fasa 2 xtaw bile dpt posting nyee..
 bile ciksu check nie yg keluar..sedih oo

mule2 macam sedih..tp bile fikir balik, semua yg berlaku mesti ad hikmahnye kn kn..sob2 oke lap lap air mate
huhu..lps tu baru ciksu bole tersenyum kembali..
dlm tersenyum2 tu ciksu still berdoa semoge urusan posting ciksu ni ttp dipercepatkan..
time tu tipu la kalau nk ckp xjeles dgn kawan2 yg da dpt negeri posting..
tp nk wat cmne kan tak dek rezeki..
redho :)

esok nye 15/5/12 sedang ciksu sapusapu + kemaskemas umah tb2 ciksu dpt msj 
dr sorang kawan, ciknoon..'su dah leh cek penempatan kt taw'
time tu xnk la xcited sgt sebab takut keciwa lagi.. huhu
lps taip iC dan kelik semak gamba kat bawah terpampang..



huhu..alhamulillah negeri penempatan dah bole dilihat.. senyumsenyum syukur ^^,
sblum ni kalau bole ciksu mmg suke posting negeri lain. almaklumla masih single n available 'konon2' nak merantau le...hehe..
tp bile dah dpt negeri sendiri ni rase syukur yg xterhingge la..pasti ade hikmahnye..
mostly kawan2 ciksu ramai yg dpostingkan jauhjauh..kebanyakannye sarawak
sabar ea korang..pasti ade 'jodoh' eh..pasti ad hikmahnye..
hehe
next destinasi 23/5/12 jam 8pg ciksu perlu ke JPN Selangor utk taw dpt skola mane..


time ni dpt jumpe kengkawan lame yg same2 posting selangor 
anis, ema, nadia. dan yg best sekali dpt duduk sebelahsebelah mereka ni..
lbh kurang pukul 11.30 masing-masing taw penempatan..huhu
nk taw ciksu dpt sk mne? ;)


alhmdulillah dpt sk 'SMK JALAN KEBUN'  skola nie area s.alam..
nadia dpt 'SMK CONVENT KLANG'
anis 'SMK GOMBAK SETIA'
ema 'SMK --xbrape pasti pule'
hehe

tahniah buat semua graduan ijazah sarjana muda pendidikn seluruh malaysia
tarikh keramat 23/5/12 kite semua officially layak mendapat dg41 dan bergelar warga pendidik 
alhamdulillah


kawan-kawan, doakan urusan ciksu di sekolah ni dipermudahkan yee..smoge urusan sahabatsahabat juge
dipermudahkan ;p



TQ ALLAH

Friday, April 27, 2012

Lulus iv spp

Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..rs nk menitis air mate..sob3;(
xde perkataan yg dpt diungkap. selain perkataan syukur!! Alhamdulillah..Allahuakbar!!!
mengapakah??
--lets picture discribe-->


Alhamdulillah berjaye..syukur sgt. setelah hampir setahun menunggu..akhirnye..
alhamdulillah2..

"kadangkala Allah hilangkan mentari, kemudian dia datangkan guruh, puas kita menangis mana matahari kita, rupanyaAllah nak kurniakan pelangi yang indah" ^^,

"Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu,
Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu,
Maka dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu"^^,



"Apabila kita REDHA pada sesuatu yg mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yg tidak dijangka" .
Insya'Allah (:



#Alhamdulillah..sekarang ciksu sedang menunnggu utk penempatan pulee..kalian doakan ciksu dtempatkan d sk yg terbaik ye..dan smoge skola tersebut mempunyai persekitaran yg baik..terimekasih semua. Ya Allah permudahkanlah urusanku. amin2(:


TQ ALLAH

Thursday, April 5, 2012

nice quotations (:



"Jika ada sesiapa pinta CINTAmu, katakan ianya hanya pada ALLAH..
                                                        Jika ada sesiapa pinta RINDUmu, katakan ia hanya untuk RASULULLAH..
Jika ada sesiapa pinta KASIHmu, katakan ia buat IBUBAPAmu..
Jika ada sesiapa pinta SAYANGmu, katakan kau menyayangi saudara2 MUSLIMmu..
Jika ada sesiapa pinta KEIKHLASANmu, maka berilah ia pd yg benar2 menghargainya.

Wednesday, April 4, 2012

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah


Salam semua. td ciksu dok usha2 berkenaan ujrah. kalau rakan2 kompius sameade nk tukar kepada sistem ujrah atau tak sile la bace kat bawah nie. jemput2--->>>

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Saya
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.
UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency)seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah     = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
            = RM 2,100
Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.

APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
Ujrah                              Actual Administrative Expenses During   The Year                   x          100
                                           Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset    =          A1                 A2
                                                2
Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Sha'ban 1430 H
08 Ogos 2009
dicopy daripada: blog. Ustz Zaharuddin Abd Rahman