Wednesday, October 26, 2011

Result Oh Result, Tanda Dia Cinta


ikuti kisah dbawah..selamat membaca..^^,

Hujan. Malam yang sunyi. Amani mengerling kepada telefon bimbitnya di sebelah bantal. 1.04 pagi. Daripada saat dia merebahkan badan ke atas katil lebih kurang pukul 12.30 malam tadi hingga waktu ini, matanya masih belum mahu bekerjasama dengan badannya yang mahu rehat awal.
Fikirannya terasa penat dan lelah. Resultnya jatuh teruk berbanding semester lepas. Jika dahulu , Alhamdulillah dia sempat menerima anugerah dekan tetapi semester ini, sekadar cukup-cukup makan, memang langsung tidak mencapai target.
Fikirannya melayang kepada sahabatnya nun jauh di utara, Syahirah. Malam tadi Syahirah menghantar mesej bertanyakan khabar, bertanya mengenai keputusan peperiksaan akhir lebih tepat. Amani tahu hati sahabatnya yang satu itu sedang berbahagia dengan keputusan peperiksaannya, melihatkan pada status di facebook tadi sudah mengiyakan telahannya.
Dia juga turut merasa tempiasnya. Iyalah, itu sahabatnya. Sahabat yang setia bersama susah dan senang. Sejak dari matrikulasi lagi. Ditakdirkan Allah S.W.T mereka belajar di universiti yang sama, juga di utara tanah air. Tempat yang dirasakan sesuai sungguh untuk belajar.
Walaupun dia perlu berkelana jauh dari keluarga demi mencari ilmu.  Walaupun ada sahabatnya di sini musykil, bagaimana ia boleh belajar di tempat seperti itu, jauh dari bandar . Tetapi baginya, daerah itu menemukan dan mendekatkan dirinya dengan Dia yang tercinta. Daerah sunyi bak kata mereka, tetapi punya sejuta perkara yang mengajarnya tentang apa itu Cinta Yang Esa.
"Amani, are you sure you are okay? Menangislah kalau perlu, aku selalu ada kat sini untuk kau."Mesej Syahirah membuatkan dia tersenyum. Betul, inilah sahabatnya yang tidak pernah gagal membuat dia tersenyum.
"Aku okay je cik Irah wei. Aku pun tak tahu sebab apa tapi sampai sekarang aku tak nangis-nangis lagi. Yang aku rasa, kosong," Amani membalas, dia sendiri tidak pasti kenapa matanya degil sungguh hari ini. Dia hendak menangis, rasa sesuatu yang berat sedang dirinya pikul.
"Kau tahu kan kalau Allah S.W.T uji, tandanya Dia sayang kan? Allah S.W.T nak beritahu kau yang Dia sayang kat kau, Amani. Dia suka kalau kau mengadu pada Dia. Memang aku dapat result yang melepasi target, Alhamdulillah tapi aku sekarang takut, takut kalau-kalau nikmat kejayaan dunia ni buat aku terlalai, kau pun tahu ujian kesenangan ni yang mudah buat manusia jatuh. Aku tahu kau sedih, aku kenal kau bukan baru sehari Amani. Kalau kau tak boleh menangis sebab ni, cuba kau menangis sebab kau tak boleh menangis. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mulk ayat 13"dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati." Allah S.W.T tahu apa saja dalam hati kau, Amani. Kalau kau rasa hati kau kosong, jangan cuba isi dengan dunia, tapi isi dengan akhirat. Maaf, tapi kau tahu kan aku suka kalau tulis mesej panjang-panjang ni. Hehe." Syahirah, Syahirah.
Antara kawan-kawan yang dia ada, Syahirah paling cepat tangkap apa yang dirinya perlukan. Memang sahabatnya ini suka benar menulis mesej panjang-panjang, inboxnya ini kadang-kadang tidak cukup memory. Mungkin kerana dirinya suka simpan mesej-mesej Syahirah, mesejnya penuh dengan isi walaupun gadis itu nampak bersahaja.
"Aku tahu Irah. Dia uji sebab Dia sayang. Aku tengah cuba untuk redha dengan semua ni. Aku kadang-kadang, bukan, selalu aku buta pada rahmat-Nya. Tak apa, kau punya mesej berisi, panjang pun boleh jugak ubat hati aku. Thanks ye Irah." Amani tersenyum.
"Sebut pasal ubat hati, tadi aku ada baca kat satu blog tadi, nak kongsi dengan sahabat aku yang tersayang ini. Penulis itu kata, kalau dah tahu kita macam jauh daripada Allah S.W.T dan rasa macam tak ada dalam rahmat Dia, janganlah pulak kita pergi dengar lagu, konon-konon nak lepas tekanan. Jangan pulak pergi tengok movie, konon-konon bagi free sikit otak daripada rasa sesak. Tapi cuba isi dengan sesuatu yang boleh bagi kita dekat dengan Allah S.W.T. Contohnya, baca tafsir al-Quran ke, dengar nasyid ke, pergi tengok keindahan alam ke, pergi baik-baik dengan kucing ke kan. Bab baca tafsir tu, aku dah pernah buat dan Alhamdulillah, aku bertemu ubat hati yan paling mujarab. Sebenarnya tak payah aku cakap pun, kau dah sedia tahu kan Amani?"
Syahirah memang gemar membaca blog, boleh melihat kehidupan orang lain katanya. Dia kata kadangkala apabila membaca kisah hidup orang lain, boleh buat kita rasa syukur sungguh-sungguh dengan hidup yang kita ada.
Matanya masih terkebil-kebil, biasan lampu dari ruang tamu membolehkan dia menatap siling biliknya.
Tadi ibu kata, "Amani kata Amani rasa macam jauh dari rahmat Allah S.W.T bila tengok result yang Amani dapat. Tapi sebenarnya bukan macam tu sayang. Allah AS.W.T sedang menyampaikan rahmat-Nya pada Amani, melalui ujian kegagalan ni. Allah S.W.T nak Amani lagi dekat pada Dia dan belajar untuk bersyukur dengan semuanya. Tak semua yang dapat ujian macam ni, rahmat Allah S.W.T itu luas, sayang. Cuba Amani tengok, kat luar sana. Mungkin ada yang lulus dengan cemerlangnya tapi dia sempat pergi celebrate dengan cara-cara maksiat, pergi konsert, kelab malam, bercampur lelaki perempuan. Nak tunjukkan betapa gembiranya dia. Allah S.W.T sedang uji jugak dia dengan kejayaan, ujian dia lagi besar daripada Amani." ibu mengusap lembut kepalanya.
"Allah S.W.T sayang anak ayah ni, sebab tu Allah S.W.T  bagi Amani rasa yang Amani macam jauh daripada Dia sedangkan sebenarnya tak. Allah S.W.T nak tarik balik Amani agar selalu lebih ingat pada Dia. Ayah selalu ingatkan anak-anak ayah, jangan lupa sesaat pun pada Allah S.W.T. Jangan tinggal solat, jangan lupa al-Quran, jangan lupa apa Nabi S.A.W pesan." Ayah menambah. Amani tidak berani mengangkat pandangan. Hatinya dijentik rasa kesal kerana tidak tahu bersyukur.
"Orang-orang yang beriman dan bertaqwa itu apabila dia diuji dengan kesenangan, dia bersyukur dan bertambah keimanannya pada Allah S.W.T. Dan apabila dia diuji dengan kegagalan, dia juga pantas bersyukur dan bersabar dengan ujian itu. Sebab dia yakin Allah S.W.T sedang mendidik dia dan Insya-Allah ada pulangan yang lebih baik dari jalan-jalan yang dia tak sangka. Cuba kau tengok tafsir ni, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Dia akan bukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah S.W.T telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." Ini ayat dua dan tiga dariSurah at-Talaq. Cantikkan apa yang Allah beri pada kita? Jadi, senyum saja, tak perlu kata apa-apa. Hehe."
Kata-kata daripada Syahirah waktu dia sedih sebab tidak yakin dengan kemampuannya dalam temuduga biasiswa hari itu kembali menerjah di ingatannya.
Betul. Dia selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T bagi pada dirinya. Dia ada ibu, ayah dan sahabat-sahabat yang selalu di sisi dia.
Subhanallah, Allah S.W.T tidak pernah lupa pada dia tapi dia selalu leka dengan dunia. Allah S.W.T ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 152"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
Tetapi dirinya sekarang, tidak bersyukur malah semakin menjauh pula daripada Allah S.W.T. Jahatnya dirinya, dia sedih dengan diri sendiri.
Dekatkan diri pada Allah S.W.T. Amani bangun daripada katil. Ya, dia perlu berubah. From good to better. Dia melangkah ke bilik air dan berwudhuk.
"Allahuakbar..."
Amani berteleku di sejadah. Air matanya menitis laju. Kali ini bukan kerana dunia, tapi kerana Allah S.W.T semata-mata. Dia sungguh-sungguh bersyukur di atas nikmat iman dan Islam yang di pegang. Dia ingin memohon sungguh-sungguh pada Allah S.W.T dan berserah semuanya pada Dia Yang Kuasa. Sebab Dia sayang Allah S.W.t. Dan dia tahu Allah S.W.T sayang dia. Amani, senyumlah.
sumberr::iluvislam