Wednesday, November 23, 2011

cara sujud syukur

Assalamualaikum..^______^
huhu..lame bebenau ciksu tak conteng sometin kat snie...
hurmm..maap la yee ciksu xberkesempatan + xde story yg cantik lagi hemsem nak cite d saat inie..huk3..
mood ciksu sekarang::still sedang menunggu saat2 borg posting kuar..mmg agak tertekan..almaklumla da nk msuk thun bru. 2012...grrr..heheee
bayang borang phun xkuar lagi..hurmm p nak wat cmne kan, hehe kehidupan perlu dteruskan..(positivekan diri katekan)..hihikkss...chaiyok2..dan seharusnyee ciksu perlu banyak3 berdoa knkn..huhu..
sementare nie mmg ciksu keje part time g..kat tempat lame...emm doakan la pd graduan ISMP moge2 urusan kami d permudahkan..hehe...tocey2 buat kalian sumee...syg anda anda...;p

lately ciksu suke tgok bola (harimau muda)..td baru je tgok perlawanan Malaysia Vs Syria...kemenangan berpihak pada syria..xpelaa(kechiwaa)..hehe..hemm ape pun harimau muda tetap terbaek!Malaysia d hatie (hehe)...ade 1 bende speciall pd game yg ciksu tgok td..'Sujud Syukur'...bagus la team syria lepas dpt gol trus sujud syukur..baguss sangat..hehe..lps nie ciksu harap harimau muda pun buat la sujud syukur if dpt goll..hehe..main2 jgk kn...p bersyukur pd yg 1..mmg perlu...ngeee..k la setakat d sinie..
sebelum tu ciksu nak share sikit CARA-CARA SUJUD SYUKUR mane taw dapat membantu kalian..hehe..
k tata...Assalamualaikumm..
adioss amigoosss=)

SUJUD SYUKUR

DEFINASI 
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

sumber: tq