Wednesday, April 4, 2012

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah


Salam semua. td ciksu dok usha2 berkenaan ujrah. kalau rakan2 kompius sameade nk tukar kepada sistem ujrah atau tak sile la bace kat bawah nie. jemput2--->>>

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Saya
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.
UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency)seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah     = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
            = RM 2,100
Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.

APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
Ujrah                              Actual Administrative Expenses During   The Year                   x          100
                                           Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset    =          A1                 A2
                                                2
Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Sha'ban 1430 H
08 Ogos 2009
dicopy daripada: blog. Ustz Zaharuddin Abd Rahman

Monday, April 2, 2012

Tamat kontrak guru interim





Dengan ini dimaklumkan bahawasanye ciksu telah menamatkan kontrak guru interim (DC41) pada 31 Mac 2012.. Alhamdulillah..

diharap semoge selepas ini, jawatan tetap (DG41) bakal d perolehi ASAP. amin3
hehe..+ semoge dpt lulus SPP dan dipostingkan d sekolah yg terbaek.amin3
doa ini juga ditujukan kepada semua ISMP seluruh Malaysia. ^^
sayang anda semua <3


tq buat warga Smk Batu Unjur..sangat banyak pengalaman
dan ilmu baru yg ciksu pelajari dismkbu..
insya'Allah panjang umur. kt berjumpa lagi.
tqvm
TQ ALLAH

Thursday, March 15, 2012

weeding anis+ reunino b.g.6

Salam indah bumi permai kpd semua warga bumi..^^
 eceyhhh
miss u oll lah..


hehe..alhamdulillah ciksu masih diberi kesempatan utk bercherita disinie..peach yauw!!
syukur2..
oke kali nie ciksu nak cerite aktv. cuti sekula..wihuu shockenye cuti..hehe..time cuti nie bukan student je suke cikgu2 lagi double triple suke sbb dpt rehatkan minda, jiwe rage dan kurangkan kekedutan di muke..huhuhu

apepun cuti sekolah kali nie yg paling2 bermakne..sbbnye my bff kawen..
sob2 sedih taw..ade org curi dia dari geng bg.6..;(
hemm..tp nak wat camne..nie kan salah satu drpd proses kehidupan..
terimalah seadanya..
--->ha' ciksu bile lagi??????
upss
hehehe

oke meh nak cerita perjalanan ciksu ke rumah my bff
my bff nie name dia anis syafirah binti yusof..sekarang kene panggil Pn. Anis!!^^



umah beliau d tapah..jom ikuti
perjalanan dr kl-tapah
10/3--naik bus banting-kl kol 12pm..with adekku syera..smpai key ell kul 2.30pm--->solat dan makan kat pudu..kul 3.20--->ida amek (ida nie dr p.buntar dia p kl jumpe bf pastu trus pickup kami d pudu) wink2 ida bile nk vanje ns myk plop..heeee
pastu dr kl kol 4.30 smpai tapah kol 7.15pm

---->waiting 4 majlis nikah<----



lame juge kami tunggu dr kol 7.15 sampai pkul 9.30 utk majlis nikah penat oww..then xlame    
lps tu geng kami yg 1 lg pun sampai..wa!!!!!terujee sgt dpt jumpe semua geng bg.6(kami dok satu rumah berenam ms study kat upsi, 3 sem kami tinggal bersame) Touchink2..sob3..
 (ema, pn.anis, ida, ciksu, naza, linda)..kamilah bg.6!!!


meh nak tunjukk pic2 kami
(ida, naza, fadh, ema, linda dan ciksu)



sah bergelar puan! dgn sekali lafas
alhamdulillah

amin ♥ anis

 pic. beberapa minit sebelum bergelar pn. (sori mls nk susun gamba nie letak kat ats)=="

Selesai sudah majlis akad nikah..
next day>>(11/3/2012)
majlis sambut menantu, kalian boleh tengok pic dbawah
^^


sebelum berangkat

 d rumah ema(sigadisberbajukelabu) tq ema, bg kami tumpang bermalam..
shock duduk umh ema, mcm duk kat ome stay!
sonok!!!

 wuwuutt..banyaknye hadiaaaa..besau2..
psst (pn.anis sori ea hadiah sy murah saja)
noted:asal kawen b'4 i dapat gaji..mara ni mara!!

hehehe(peace)
pera san tak ade gadis berbaju biru..hehe..beliau pun konvoi same kami, cik yana bersama ibu dan adik2nye T. Intan mari..
 Pelamin anganku musnah..opss no.no.nop
pinjam pelamin pengantin jap

 kamilah!! single..but not all available..

 ha!!! tu dia si darah manis..
pn.anisfira..alala malu2 dia..

p/s to mr.amin: jage anis elok2 taw!!
kalau tak siap la!!!(sambil pegang keris) takuttaktakuttak???

hehehe
 cheseeee..matemate
 mahu balik sudahh..bye2
pengantin

peace V


banyak borong buah buahan kat bidor..penuh bonett oo..
to miss driver fadh: tq sudi tumpangkan sampai t.malim^^,

...
;
oke setakat itu  kenangan dan gamba2 semasa wedding anis..
nak tengok next gamba tunggu wedding ciksu key!!!
hoppss
hehe.. nono..

next wedding cik naza yg berbaju ungu tu..bulan 9 k..kat melakau..
walaupun kurang satu geng bujang bg.6, sedihh ooo..
tp alhamdulillah selamat semuanyee..
pesanan buat pn.anis: Jage diri elok2, jage kesihatan, dah bersuami ni takleh dah su nak kacau sgt, hehe..lps nie i nk belajar masak dr u taw..selamat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri solehah..
touchink2;(
btw congrate anis!! smoge cpt2 dpt baby...
pesan buat ahli bg.6 yg laen: u'oll nak tinggalkan group bgthu awal2 taw..jgn tinggalkan daku terkontang-kanting keseorangan tampa khabar berita...
eceyyceyhhhh



Lastly hayati gamba inie...sobss..sobsss..


 BG.6 dihati (linda, pn.anis, ciksu, naza,ema, ida)



pic. semase bufday linda yg ke??? 
petunjuk beliau lahir tahun88. kire sendiri k
hhehe^^
taken 21/10/2009



dalam kenangan
allwaysdhatie

TQ ALLAH

Saturday, February 25, 2012

Interview SPP

Assalamualaikum semua..hai kawan2...waaaaa lamenye xberbelog..
emm..xsempat atau xmenyempatkan diri..(ceyh kononkonon)
sori kawan2 lame xziarah u'll...sihat kah??
ciksu Alhamdulillah sihat2 aja..


oke hrnie ciksu nak cerite berkenaan pengalaman ciksu d interview oleh SPP. SPP adelah singkatan "Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran"




pada: 10 Feb 2012 (Jumaat)

masa: 7.30 pagi


at: Bilik 12, PICC, Putrajaya

penemuduga: Pengerusi SPP (Tan Sri) dan seorang pengetua cemerlang (Puan)

 YBHG. TAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG
 P.S.M., P.J.N., S.P.S.K., D.P.S.K., S.M.W., P.S.K., A.M.N.



nie pict. Tan Sri..^^ hemsem kan..hehe
Tan Sri banyak bantu kami..Lgi2 kalau nampak kt neves

oke sy nak konsi sikit soalan-soalan dan step-step semasa interview

iv group 4 org..step2 mse div..

1.perkenalkan diri

2.microteaching(4minit)-->sy just buat set induksi

3.discuss berkenaan pbs(pentaksiran berasaskan sekolah) 

4.ade sikit2 dia tnye (kalau dhntr pedalaman ok x, kalau mengajar bukan opsyen mcm mne, sbb ape awk nk jd cg)

-->sblum iv kerani yg jge kat situ ade pesan soh bc fpk,pipp,nkra --tp hurai ikut ayt sendiri^^,

viewing pic.
 nie wajah-wajah selangorian group at-48 scs(math) upsi 2nd batch
(small, lay kuan, ayu n me)-->tq sbb banyak hilangkan nevesku
 gegar2 sket..huhukkk
group iv ciksu. group last utk hr tersebut..kami msuk kire2 pukul 10.30 pg dan keluar 
+-11.45..
ciksu(upsi) salasiah(usm), fazliana(upm) n laykuan(upsi)


oke..itu sahaje utk perkongsian ciksu..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
doakan semoge kami2 ismp lulus iv dan cpt2 posting ea kawan2..
^^
ciksu nak ucapkan gudluck pd mereka yg bakal d iv..pd yg belum dipanggil iv. ciksu doakan semoge nama kalian
akan dipanggil tidak lame lagi..
last sekali
ucapan
terime kasih yg ketakterhinggaan pd mereka yg menyokong dan sume2 yg bykkkkkkkk membantu ciksu..
really2 appreciate^^
terimakasihterimakasihterimakasih♥

TQ ALLAH

Saturday, January 21, 2012

interview Mara vS guru interim Vs interview SPP =='

Assalamualaikum kengkawan sumee..kabare?? hehe..@ sihatkah?..
diharap saudara saudari sihat2 sahaje hendaknye yep..
k..lame dah rs xpost sometin..

hrtu ciksu janji gan uolls, ciksu nak post pasal intv. MARA kn..n ciksu kate insya'Allah dlm 2 minggu after ciksu publish post yg sebelum nie(kalaunkbcclicksinie)...but ciksu mintak ampunzz dan maaf..bcoz after about 1 month++ bru dpt tulis  post baru nie.


pihak MARA baru keluarkan result minggu lepas so agak keterlewatan lah kan..xpela, yg penting ado resultnyee..


Alhamdulillah ciksu lulus untuk ujian personaliti MARA saringan1 hrtu..hehe..then ciksu pun dpt la panggilan utk terbiuw tu..surat dia ade kat bwh nie (bolehcilck utk tumbesaran)



oke now ciksu agak dilema utk pergi @ tak.. antara beberapa faktornyee:


1) ciksu sekarang dah tukar kerjaye drpd operator d kilang kpd guru interim/ guru ganti/ guru sangkut..huhu,,makenye agak ke bizian la sikit (buat2 bz)..teheee
senanye ciksu dpt tawaran utk jd cikgu bermula dr 

16.1.2012~ 31.3.2012 d SMK BATU UNJUR,   Bukit Tinggi, Klang
sekolah yg agak jauh lbh kurg 45mnt/1jm dr umah..sekolah yg mostly chiness students.. agak mencabar..hehe. xpela yg penting pengalaman (positipkan minda)..hoho..


2) ciksu waiting for intvw. SPP(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) means that kalau lulus intvw. nie kompom terus berkhidmat sbg guru d sekolah kerajaan. tarikh n tempat intvw ciksu belom keluar lg..tp otw kot..sbb member2 kos2 laen dh kuar nama--->just waiting..

s0 serbe salah nk P Mara or SPP..

3) intvw. MARA nie agak jauh..kat penang dan kesian pada parent yg nk hantar (ade sape2 volunteer nak tolon hanta)kuikui2



hurmm..cmne ye kawan2. ade pendapat or cadangan tak..hadeiii..
sekarang ciksu blum buat keputusan lagi..yg penting, ciksu perlu meminta pertolongan dr yg 'MAHA ESA' instikharah la kn..huhu..



Sesungguhnya:
‎"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).


Ya' Allah berilah petunjuk kepadaku..amin3..

k la ciksu xnak berbicara panjang lg..cukuple stakat nie kot..huhu..


doakan yg terbaek utk ciksu ea..insya'Allah nanti kalau ade maklumat terbaru ciksu hupdate kat sinie lagi..(bajetmcmadeorgwaitinnextpost)=="..

ukes kawan2..ciksu mendoakan yg terbaek utk semua sahabat2 dan semoga kalian dipermudahkan segala urusan yaa!!..amin3..
syg anda semua ketat2..Lol^^,




                                                         TQ ALLAH