Friday, November 26, 2010

11 Orang yg Sentiasa d doa oleh Malaikat . kt?? ^^

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



10 Gangguan Syaitan Dlm Solat..erkk


"Dan dialah yg menerima taubat hamba-hamba Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yg kamu kerjakan" As-Syuraa:25

1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku’.

Ibnul Qayyim berkata,

” Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat “.
Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.

2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT
Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata,” Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda,

“Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI
Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat”. (HR Bukhari)

5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT
Ibnul Qayyim berkata,

” Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan terburu-buru sebelum waktunya “.
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya,

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu ruku’lah sampai kamu benar-benar ruku’ (thuma’ninah), lalu bangkitlah dari ruku’ sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu” (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat:

” Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW “. Orang tersebut bertanya, ” Apa yang dilakukannya? ” Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. ” Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW “, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT
Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda,

“Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda,

“Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha… bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT
Syaitan ingin menggangu kekhusyu’an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud,

” Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan ” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara”

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR
Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)
Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

***

Sunday, November 21, 2010

Mahu daki tangga!!

USAHA TANGGA KEJAYAAN!!

"Ya Allah bantulah hambamu untuk menjawab soalan exam dengan sebaik mungkin..tenangkanlah hati ini dan ingatkanlah daku terhadap semua yang telah aku pelajari..Berikanlah kejayaan kepadaku.. sahabat2 ku..saudara2 ku..kepada adik-adik ku..ziana dan faiz..dan permudahkanlah kami dalam menjawab peperiksaan.."
..aminn-amin Ya Rabbalalamin..

P/s: Pd adek2 ku!!..Ziana Saleh!! All da best for your first examination in univesT n well done!!.. Pd Faiz Saleh!! yg akan menjwb exm SPM esok..gud luck n do de best!! ..tak mo malas2..n tak lupe pd my cousin Norakmalina Ahmad yg akan jwb SPM juge..Chaiyok2!!..
pd sume..jgn lupe..selawat byk2!!
fuhhh..aminn

************

“Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.”
-Aristotle -

“Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup.”
-Thomas Edison-

“Jangan katakan esok apabila hari ini dapat anda lakukan kerana apabila hari ini anda berdalih, anda juga akan berdalih esok.”
-James Michener -

“Kecerdikan ialah satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras.”
-Thomas Edison -


**********
aminnnnn..

Usehe tangge kejayaan


Jom kite mendaki tangga bersama!!
^^

Saturday, November 13, 2010

Silent mode

Shhh...mode: silent=(zipss mulut)
eheee...
sekarang sy ade de home town home kampung..=)
..._̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡._...
(12 Nov 2010-22 Nov 2010)

sudang berhoney moon bersama family..(sukeee ^__________^)

kepada kengkawan, maaf la ye terpakse menyailent kn mode seketika..=)

almaklumla kalau kat umah nie macam2 benda yang dbuat n tak sempat menghadap benda nie..
n 1 lagi melayan kerenah adik2..ushh memang la

(kak aya-kak ayaaaaaa!!!!!!!..nak men game-nak men game)
tak menyempat nak menaip pun^^


Adess=="
(asal bukak laptop je nak men game asal maen game je bukak laptop)..uhuuu

Aduii aii (kusut2)
“Pinjam iron sat!”


emmm...memang tak leh letak tangan ats key board la..sbb tangan berfungsi tok tepis tangan kecik budak2 nieh (haiyaaa2)

keje si suhana la nie (my younger sista)

*budak kechik yg selalu mengkusutkan kakak2 and abang2 nye..wana!!..

dan ini juge..my little brother Fikri @ kiki!!..

eheee..lg 1 tok pengguna hand pone n berniat nak mesej+call saya...baek fikir 10 kali...maaf ye..kalau2 korang mesej @ call tak berbalas+tak berjawab (maaf sekali lg)..
kalau kat kampung nie kedudukan hp hanya dlm bilek sahaja n fungsi bilik 99% tok tdo d waktu malam..maknenye jarang2 masuk bilek k..huhu..(sian kat hp telah dipenjarakan sementara)..heeeee
k la nie pun dapat taip sebab diorang tengah maen sorok2 @hide n seek (anda pernah maen???)..uhhuuuu...

ok itu sahaje..
..Selamat bercuti+selamat menyambut Aidiladha ea..makan daging
banyak2 kalau agak2 nak menambah berat badan dan penyakitt
hehe..(tak2 silap-silap) makan daging biar berpade2 owkes!!..ehhhee ..^^...

kepada mereka2 yang menunaikan haji smoge dapat menjalaninye dengan sebaik mungkin dan kembali
ketanah air dengan selamat..aminnn

Sekali lagi pada sume umat islam
"Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha a.k.a Hari Raya Korban"..

pade Incik dan Puan>>>Lembu dan kambing dan seangkatan dengannye..
jage2 la kamuu sumee!!!! n tahniah juge..hehe..peace no war=)

ha!!
tak lupe juga, jom puasa
sunat 9 Zulhijjah..hehe..(hari selasa: 9 Zulhijjah 1431H:16 November 2010). Kelebihan berpuasa hari tu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Insya'Allah..Jom-jom..^^

n

Last sekali tok sahaye (su!!! Ingat exam)..^_^..



Wednesday, November 10, 2010

Jadual exam saya..

Hehe..meh nak tunjuk jadual exam saya..hehe..nie jadual exam terakhir saya sebelum menamatkan degree..Insya'Allah..hehe..ade 3 je subjek tok exam kali nie (hehe..utk makluman..hanya utk pelajar tahun akhir sahaje..jgn jelezz)..hehe..saya start exam 25 nov 10 n last 3 dec 10..walaupun saya perlu study 3 je paper tp nie pun dok malas2 lg..ish3..tak paham-tak paham..

buat2 nampak je la ye^^


dan yang kat bawah nie jadual saya buat sendiri..huhu..nak kasi semangat sikit study..tapi semangat cuma bertambah 10% je..hehe..mane la nak dapat 90% lagi nie..adui aii



Buat rakan-rakan n adik2 yang nak exam...
saya nak share sikit teknik2 menjelang peperiksaa, ade 7 teknik (dah nak exm baru baru la cari teknik2 nie..ehehe..takphm2) :

Teknik 1 Kekalkan Imej Kejayaan (bayangkan kita dapat 4 flat)..ohh indahnye..hehe..bile la nak merase


Teknik 2 Dekati Sahabat Berfikiran Positif (haii kawan)


Teknik 3 Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif (lariii!!!!)

Teknik 4 Mulakan dengan api yang kecil (nak baca yg nie dulu la)



Teknik 5 Lakonkan Watak Kejayaan (nak belakon amek anugerah jap la..olok2 je)


Teknik 6 Kurangkan tekanan persaan
(tak mau tensen2 nie..^^kita minumm dulu!!!)

Teknik 7 Doa (Penting banget)

hehe..Jangan lupe baca ye..kalau tak dapat baca bahasa arab yang melayu pun bole asalkan kita bersungguh-sungguh waktu baca..

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

amin..aminn ya Rabbal alamin^^

Doa diambil dari blog ini "click"


Ok kengkawan itu sahaje^^,

Pada mereka2 yang sedang atau bakal exam..semoge kita sama-sama berjaye terutama pada pelajar2 univsti... kawan2 UPSI, adek2 Rpa, Student2 kolej, pelajar2 SPM expecially My adek Faiz Saleh..my sepupu NorAkmalina Ahmad n sume la yea..all da best..n chaiyop2!!