Thursday, August 12, 2010

tertarik+menarik..


sedang aku berlayar melayari fb ku..tb2 terpandang pd1 post yg dikongsi oleh some one@ a.k.a my 0smett..

.dsbbkn tertarik dgn tajuk tu..s0 i pun terase menarik utk di bc..mule2 mmg niat nk bc sendiri je..tp dssbkn after bc...tb2 terase mcm feel something so rsnye mcm elok tok dkongsi bersameee kowt..hehehe~

s0 sy pun rajinknlah diri untuk menghiasinya di ruang kosong dlm blog nie..(padahal cutn paste je pown) hehe...S0 lets we read 2gether...

[Sila bc seperti anda sedang read news paper, k} ^^, terime kasih

Adik mengucap banyak-banyak'

BAGAN DATOH: “Adik (Mohamad Hafizin Basiran) mengucap banyak-banyak, ibu minta maaf, tak terdaya lagi nak tolong adik. Ibu sayangkan adik tapi ibu tak mampu nak buat apa-apa lagi...ibu

minta maaf.” Begitu rintihan hiba Rawiyah Zurmutih, 59, di telinga anak bongsunya itu beber

apa minit sebelum mangsa meninggal dunia, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, Mohamad Hafizin, 20, meninggal dunia selepas traktor membawa muatan kelapa sawit yang dipandunya terbalik ke dalam parit lalu menghempap mangsa di rizab Jalan Parit Enam, Kampung Sungai Pergam, dekat sini.

Lebih menyayat hati, mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika berada di pangkuan ibunya yang gagal menarik keluar mangsa dari bawah traktor terbabit.

“Saya masih terbayangkan wajah adik pada saat-saat akhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Sebelum kejadian, saya dan suami serta arwah keluar dari rumah seperti biasa kira-kira jam 8.30 pagi semalam (kelmarin) untuk ke kebun sawit bagi mengait buah dengan arwah memandu traktor.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, tayar belakang traktor dipandu arwah tenggelam kerana membawa muatan berlebihan menyebabkannya tersangkut. Suami (Basiran Mat Tamin, 73) memutuskan pulang ke rumah di Kampung Sungai Pergam tidak jauh dari kebun untuk mengambil besi umpil selepas melihat arwah masih gagal mengeluarkan traktor itu biarpun beberapa kali mencuba.


“Namun, tindakan arwah yang terus mencuba menyebabkan traktor itu hilang imbangan sebelum terbalik ke dalam parit dan menghempap arwah dari bahagian dada hingga kaki,” kata Rawiyah sebak.


Menurutnya, sebaik melihat kejadian itu, dia berlari ke arah arwah yang masih bernyawa ketika itu dan cuba menariknya keluar dari bawah traktor, tetapi gagal kerana terlalu berat.


“Saya berhempas-pulas cuba mengangkat traktor dan menarik arwah keluar, namun sebaik melihat muka adik semakin kebiruan dan mulut mula berbuih, ketika itu saya menyedari tiada apa lagi mampu dilakukan kerana dia sedang nazak.


“Saya terus mengajarnya mengucap dan dia sempat melafaznya. Saya juga meminta maaf kepadanya kerana tidak terdaya menyelamatkannya. Beberapa saat kemudian, arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya. Saya kemudian meninggalkan arwah dan menunggang basikal untuk pergi mendapatkan bantuan penduduk kampung

“Separuh perjalanan, saya bertembung dengan suami dan dalam keadaan sebak, memberitahunya adik sudah tiada dan memintanya mendapatkan bantuan orang kampung,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anak bongsu daripada enam beradik itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pergam kira-kira jam 2 petang semalam.

Sementara itu, Basiran berkata, dua hari sebelum kejadian, arwah tiba-tiba meminta dia membina sebuah rumah kecil untuknya.

“Hanya arwah yang masih tinggal bersama kami manakala lima lagi anak tinggal di luar. Pada mulanya saya tidak faham apa maksud arwah yang meminta saya membina rumah kecil untuknya.


“Selepas kejadian menimpanya, saya anggap ia petanda arwah mahu pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Yang pasti, Ramadan kali ini akan disambut secara sederhana dan sudah hilang meriah tanpa kehadiran arwah,” katanya.

dipetik daripada

my metro

Oleh Ravale Savarinathan

2010/08/1

u/p: takziah di ucapkan kpd keluarga mangsa..sayu sgt bile bc kate2 ibu arwh..tabahkn hati kalian. mari kite same2 menyedekahkan Al-Fatihah kpd arwah..smoge rohnye dicucuri rahmat...aminn
... YA ALLAH lindungilah semua hambamu yg ku kasihi & kusayangi...tabahkan mereka dalam menempuhi segala dugaanmu..Amiinn Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment