Monday, January 3, 2011

Tidak boleh seorang Muslim memutuskan hubungan dengan Muslim lain

Kembalinya musim persekolahan dan pengkuliahan bagi semua student-student membawa maksud kembalinya kita untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang kebanyakannya tak bersua muka sejak satu atau dua bulan yang lalu...

Mejoriti antara kita berasa seronok untuk berjumpe member kengkawan..tapi...tapi! ada juga yang kurang gembira untuk berjumpa dengan kengkawan...tak semua..mungkin satu, dua orang je yang rasa sebegitu..huhu

ANDA!! Anda bagaimana???..
tepuklah dada Tanyalah atie...huhu

Eh..jap..jap!!..kenapa rasa tak seronok pulak ea?? (Kompiuss==??)
Jom ikuti kupasannya d bawah>>

**
BerSilaturahimm

Rasulullah SAW bersabda:
"Berkata Allah Taala: Akulah ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ini pula ar-Rahm (Kaum kerabat). Aku pecahkan nama ini daripada nama-Ku. Maka barangsiapa menghubungi keluarganya nescaya Aku akan berhubung dengannya. Sesiapa memutuskan perhubungannya dengan mereka, nescaya Aku akan memutuskan perhubungan-Ku dengannya pula."

entry kali ini menyentuh soal silaturahimm...huhu..mungkin kerana tiba2 teringatkan peristiwa rakan-rakan dan juga adik-adik junior or atau mungkin saya sendiri yang mempunyai pengalaman semasa di kolej..(saye!!hehe..tidak..tidak==")

kecalaran silaturahimm^^,

Seingat saya kejadian-kejadian yang berlaku mungkin berlaku sesame:
*rumet (mungkin sebab tak serasi tinggal sebilik..sebab suke buat bising kott..hehe)
*hosmate (mungkin sebab berebut-rebutnakmembersihkanrumah jadual membersihkan rumah tak diikuti)
*rakan-rakan seasement (mungkin sebab ade sleeping partner..tido dan takwat keje!)
atau
*rakan sekuliah (mungkin..sebab..dot..dot.._______..isi sendiri ye^^,)

ok itu semua hanya mungkin je..tiada kene mengena d antara yg hidup atau telah meninggal dunia=)

Tapi ada pepatah mengatakan gaduh tandanya "sayang"..kalau yang tu, kes camna pulak kan??..emmm...ape-ape je la..hehe..kalau tanda sayang bagus juge tu..ahaa (nak gaduh hari-hari bole??^^,)

" Tidak boleh seorang Muslim itu tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahalanya. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya, dan siapa yang memberi salam itu terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu"
( Sabda Rasulullah, Riwayat Abu Daud )
 
Kalau kita mungkin ada sedikit salah faham dengan orang lain..tak kira la kita yang betul atau kita yang salah..cepat-cepat la bertegursapa dan memohon maaf..yang tu adalah lebih baik daripada kita berdiam..dan tunggu..(penantian 1 penyiksaan..erk!!)..lebih baik kita yang start dahulu..peace!^^)
pernah tak rasa..perasaan bila orang buat dekk @ takktahu je dengan kita??..pernah ke??..huhu
mesti rasa geramKAN!..jadi janganlah buat orang laen rasa geram kat kita..tak gitu??..
Asalamualaikum...Hai!!..^^,(nada bertegur sapa)

emmm..tapi macam mane pulak bila kita dah tegur dia, tapi dia buat tak tahu kat kita pulak??...
huhu..kalau kes yang tu...belakang kira..yang penting kita dah jalankan tanggungjawab kita, untuk tegur kawan kita tu...kn..kn..selamatt

owh..baru teringat silaturahimm bukan dengan kawan-kawan je..dengan keluarga..saudaramara pun sama..hehe^^,>>>
 
Silaturrahim dan mulia
 
Rasulullah SAW pernah ditanya: Bagaimanakah gerangan manusia paling utama/mulia? Baginda yang maksum menjawab bahawa, "Mereka yang mulia ialah orang yang paling banyak takwanya kepada Allah, paling erat sekali perhubungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang membuat kemungakaran." 
 
Silaturahim, mulia dan sedekah
 
Bersabda Rasulullah:"Bersedekah kepada orang miskin adalah mendapat pahala sedekah sahaja. Akan tetapi apabila bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala perhubungan."
 
Jom bersilaturahimm^^ 

No comments:

Post a Comment