Sunday, November 7, 2010

Kisah Qabil dan Habil


Alhamdulillah..hehe..ade lagi mase tok saye conteng blog ni..

Hehe..emm. kali nie nak cite pasal kisah Qabil dan Habil…ala cerite yang kat tv3 tu..hehe..saye tak tgok sangat cerite tu..(bole caye ke)..hehe..dsebabkan hosmate saye selalu je dok cerita tentang Qabil dan Habil yang kat tv3 tu..so ape lg..sy pun dok menyebok la bile diorang2 nie tengok cerita tu..hehe.. dgn istilah popularnye tumpang sekaki..^^

(utk mkluman bukan nak promot ea)..hehe

Taw tak yang cerita nie sebenarnye diambil sempena name anak2 Nabi Adam dan sudah tentunye ade maksud sendiri^^,..hehe..nak taw tak crite dia…

jom kt bc same2=)

Bismillahirrahmanirrahim…>>>

Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", beberapa bulan kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda".

Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira. Mereka mengharapkan keempat-empat anaknya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan baik melalui masa kanak-kanak sehinggalah remaja. Yang perempuan sesuai dengan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita, sedang yang lelaki mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian manakala Habil di bidang perternakan.

Kehidupan sehari-hari keluarga Nabi Adam dan Hawa berjalan dengan baik dan sentiasa dalam rasa kasih sayang, saling cinta mencintai, hormat menghormati dan masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar. Si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya, si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni, damai dan tenang saling bantu-membantu, hormat-menghormati dan bergotong-royong.

Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja.

Setelah anak-anaknya memasuki alam remaja, perkara ini bukan lagi menjadi rahsia kepada Nabi Adam as. Nabi Adam as merasakan kedua anak lelakinya telah meningkat dewasa dan telah bersedia berkahwin. Nabi Adam as merasakan dia perlu mengahwinkan putera-puteri dengan segera.

Oleh kerana di bumi ketika hanya ada mereka berempat, maka Allah menurunkan syariat kepada Adam as supaya mengahwinkan putera dan puterinya dengan syarat tidak boleh berkahwin dengan pasangan kembar masing-masing. Qabil kena kahwin dengan Lubuda yang merupakan kembar kepada Habil. Manakala Habil kena kahwin dengan Iklimaya’ kembar kepada Qabil.

Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka. Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabil tetap berkeras tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima, maka Nabi Adam meminta bantuan daripada Allah. Kerana beliau sendiri tidak mahu penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya dialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.

Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia.

Dengan keputusan yang telah diberikan maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia menyera dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil dimana dia berniat untuk membunuh Qabil di kala ketiadaan ayahnya.

Ketika Adam hendak meninggalkan rumah beliau mengamanahkan Qabil untuk menjaga keluarganya. Ia berpesan kepadanya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar ketenangan rumahtangganya terpelihara dan jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan mereka.

Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sedaya mungkin untuk melaksanakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya.

Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habil. Dengan alasan apakah engkau hendak membunuhku?"

Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu."

Habil berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni.Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya. Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dipengaruhi oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengki didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia

Penguburan Jenazah Habil.

Qabil merasa gelisah dan bimbang menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti. Qabil tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.

Kebimbangan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama. Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul. Bertanyalah ia kepada Qabil:"Di manakah Habil berada? Aku tidak melihatnya sejak aku pulang?."

Qabil menjawab:"Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."

Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu ketiadaannya. Ia sangat kesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniakan kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

Kisah Qabil dan Habil Dalam Al-Quran.

Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 .

Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam A.S..

Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur atau ingin dipuji. Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar baik dan belum rusak atau busuk.

Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil. Itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti , "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

**********

Smoge kita sume dapat sikit sebanyak banyak pengajaran ye..Insya’Allah..bak kate mak kalau tengok cerita tu bior la paham..jangan dok maen tengok aje...hehe..

Rujukan saye amik kat snie..terima kasih pd mereka..>> Renungan & Kisah Habil dan Qabil putera Nabi Adam a.s.

Saturday, November 6, 2010

Mr n Mrs Cat si pencuri...

Alhamdulillah dpt juge sy curik mase tok tulis blog nieh..sape yg mencuri senanye nieh..hehe..
rase lame btull x meluahkan perasaan..

hehe..yo la tu..meluahkan perasaan..

emm skrg tgh study week..jd byk la mse yg terluang..almaklumla week yg study bukan sy..sbb tu ade mse..hehe..sabo jela kn..

"Mr n Mrs Cat si pencuri"...

Udoh bunyi tajuk buku cerita kanak2 pon hade..idok le tahu nape gitu..(dlm loghat perak)=)

hr nie nak ngumpat
cerita sikit pasal kucin...hehe..

Dlm beberape hrnie..bile sy hosmate2 ku B.G.14 (kuo) nampak Meow je..rse geram..bile rase geram je nmpk Meow..adehh..kene sawan penyakit hape pun kami xtaw la...

Hehe..senanye lame dah kucing2 nie wat perangai..kadang2 wat2 gaye manje sambil melekatkan bulu dia kat kaki ktorg..(sy pun tak phm???==”..raseye kaki manusia gan bulu kucing bukannye ade kutub utara or selatan..boleh lekat2 mcm magnetkn) tp..??emm..ta pe la redho je..nah meow amek kaki sy nie...hehe

Kalau situasi camtu yg jd saye tak kesah la..besa la tu nak manje2 sikit kn..

Butss..yg buatkan kami satu umh tak puas hati..hehe..(marah nampak)..bile meow tu mengganas dlm umh...ghaauummm...(asal harimau pulak???) kompius2..

Memang diorg mengganas....tak tipu..but..wai umah kami...wai..wai...wai...huhu

ape pandang2..(muke garang kot)

Dua hari lepas..meow tu dok berposing ats meja makan umah kami..dgn ala2 gaye model antara bangse tu...arghhh..some one jerit..ktorg da taw da kalau...ade je org jerit itu bermaksud keje meow la tu..hehe..apelagi..dgn gaye cam penyelamat bomba... sy pun kuarla dr bilik..fuhhh..memang la....kucing.....kucing..

Nak suruh kucin tu turun dr meja..mak aiihh..punyela susah..dia buat2 pengsan atas meja tu smbil badan macam kene gam kat meja..(kene gam betull baru taw)..kekeke..drpd sorg je yg kluar dr bilik..last2 hosmate len pun kuar gak..mcm mesyuarat tergempar pun ade..hehe..na suh die kuar bukan maen sush..try punye try..smpai kaki sy pun nak digigitnye..ishhh...

Yg laen kene kat tangan pulak...Tang tangan...yg nak kene cakau tu da byk kali da..naseb bek dpt tepiss..haiyaaahhh...gaye teakwando...huhu...

Kalau ikutkan bole je tak nak bg dia masuk..tutup je sliding door nieh 24 jam..tp susah gak..takut de yg lemas..huhu..yela tak dpt udare segar kn..huhu..

Smlm pun ade gak..tgh dok sunyi sepi dlm bilik tb2...dgr org jerit... “KUUUUUUUUUCINNNNGGG!!!..berani kaw makan telo goreng ku...arggghh!!!..memang la itu kucing”(nada my osmate from Sabah)..hehe..ado jo lah kucing nie..

De 1 hrtu..bille tgok2 je..abiss roti mighty white kami kene cekau..tak yah cakap la sape yg cekau kn..huhu...naseb baik bukan gardinia..kalau tak siap kot kucin2 nie..hehe..kami bukan tuduh2 taw...tp dah panggil CSI tok chek jap jari..(kucing ade ke cap jari??)==”..hehehe

tp dlm dok tensen2 gan Mr. n Mrs cat nie kekadang kagum taw gan kucing nie...kekadang diorg nie pandai gak..sbb hrtu mase dia curik kami punye roti..dia buke plastik roti tu sebijik macam org yg bukak..em tak taw la dia blaja dr mane..

hehe..my rumet kate “dah dia duduk kat U mesti la pandai”..huhu..betull jugak tuh..tp bile diorg grad pun tak taw la..hehe

kakadang dok gelak teringat kat kucing...kucing...kucinnnn..

dr Moyang..Datukk..Mak...Ayah...Kakak..Abg...anak2...cucu..cicit n sume2 la rasnye penah la singgah umah Bg. 14kn...hehe...kalau tak pernah datang... jemput2 la ye...=)hehe

somell222..(utk makluman...ini bukan la pict. mereka)^^,

emmm...kekadang kalau teringat part tak best..tensen jugak...

part.yg tak bes tu..ade la baby2 cat+ Mr cat kot kalau xsilap...dok wat toilet kat kasut2 luar rumah kami.. huhu..rasenye kami tak pernah pulak letak sign board toilet kat situ..hehe...aihh mcm2..

byk la cite pasal kucing nie..ade sekali tu..waktu subuh...time tu tb2 je bau sometin yg pelik sesgt..bukak je pintu umah nampak anak kucing mati depan pintu...sedih kowt..pastu alihkan dia n cucila depan pintu tu..sob3..manya sudehh..malam tu tak perasan pulak kat luar tu ade kucing...kawan2 laen kate may be sejuk sangat kot kat luar..sebab malam tu hujan..sian dia ;(

ntahla..da rezeki kami kowt dok umah tepi...+sebelah tong sampah pulak...hehe..so byk2 la tetamu yg singgah..hehe..tape2 mak kate kalau ramai tetamu dtg rezeki murah..hehe..yeke??..tak pela kt assume camtu je la kan..^^,

..yg seronoknyee kami 1 umah dah taw job masing2..kalau agak2 kene cuci2 umah nie kemas ke kan..sume dah taw tugas masing2..tak yah nak tunjuk or suruh sape2..automatik...huhu..besh2..alhmdulillah sume pun ok..

huhu..utok Meow...tak pe la Meow ktorg halalkan sume yg korg da curik or ape2....halalkan makan minum ktorg juge ye..(ape yg kitorang da makan n minum dr diorg..hehe)~yela..kot2 la kn..

tak pun..mane taw pernah termarah k..terngumpat ke..hehe..kt kawan k^^,..0-0

Rasulullah SAW bersabda: "Para pengasih akn dkasihi oleh yg Maha Pengasih, Kasihanilah yang d bumi maka yg dlangit akn mengasihanimu"^^..

Baginda bersabda lagi: " Siapa yg tdk mengasihi tidak akan dkasihi dan siapa yg tidak pemaaf, takkan dmaafi pula"

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

tQ to: Laptop ainie^^

Monday, October 25, 2010

buat keputusan

Assalamualaikum sahabat2 sekalian^^..hehe..ade rse mcm nk bace post sy lg x??..
ape?? xnak bace!!!.. tak pe la majuk;(

tak kira.. nak bace ke tak nak ke sy still nak taip wokeyy!! (apela tibe2 emo pulak)..hehe

mlm nie terase nak post somthing...sebab tengok rumet dsebelah agak semangat berblog..hehe (jgn marah yana)..sile la view blog beliau cendawankulat hehe..

senanye sedang menyiapkan penande buku yg comell( comel ke??)..hehe..
tape2 nnti klu da siap sy tunjuk k..

nak share sket pasal praktikum..macam2 kess taw..huhu(suspen kot):]

ehh..jap2 sebelum tu taw ke maksud praktikum???..hehe..takpe2..meh sye explain cket...
praktikum tu sebenarnye latihan tok jadi guru..huhu..(insya'Allah)

meh kite tengok kes2 tuh>>

kes 1: sangat beruntung sebab negeri yg dibuka agak byk:
*Perak*kl*selangor* putrajaya*n'9*melake*pahang*kelantan*terengganu
tp bile dah bayak pening pulak (nie kes org x reti bersyukur)
astagfirullahalazimm su taubat2..

k..agak2 sy pilih mne??..


salah soalan kot nak tanye..mestila korg da taw jwpan..(sori2)
off cos la selangor kn (negeri tanah tumpah darah ku) (bermadah pulakk)..hehe..ok setel 1 perkare..da pilih negeri..
..SET SELANGOR..

kes 2: So lepas tu..kene pilih daerah la pulak!!.. mcm2 betull..(ha' jgn nak melenting k);)
k takpe2 pilih daerah pulak..n merujuk pd muka buku a.k.a face book hehe..sangat gembire sbb Kuala Langat ade n ++BANTING..(tq pade yg mentag sy)..wa' makin berbunge ini hatie..hehehe
mode:sukeee
..SET BANTING..

kes 3: So pd 1 mlm diadakanlah perjumpaan utuk isi tempat praktikum nie..(skema pulak tetibe)..hehe..cari punye cari..aikk mane borang tok banting nie..MANE??..MANE??..sape curik...wa punyee tu..
mode: geram..
pastu den tanye pade ketua..
ketua pun tak taw mane pegi nye kertas tuh..aishh..tak pe2..siap la kalu sape yg curik tu!!
hehehe


ha' lupe plak nak cite..sebelum isi borang tu...
kene pilih partner tok wat praktikum nie..utuk cos yg same..1 sekolah kene maksimum 2 org..n satu daerah mesti lebih 10 org..kalau langar pantang larang nie akan dicampakkanlah kedaerah mane2..wah2 bahaye tuh..k smbung balik..so partner sy tu..ehh bukan2...my beloved partner cik Shamriza Shamsuri..hehe..(up sikit)
cik Sham nie org kelantan tp pak long dia dok banting jd sy PAKSE dia wat gan saye tok praktikum nie...klu tidak akan d........hehe..(macam la berani sangat kn)hehe..kejam2..
hehe..tak2 memang kami nak wat same2 (Tq. Ja);)

k sambung yg td..dengan kate laen dsebabkan borang tu xde...we assume yg BANTING memang tak bukak utuk cos kami..makk!! sedihnye...
uwauwauwa..sob3..;(

kes 4: So drpd xde tempat praktikum @ drpd dia campak kami pg Sabah Serawak (macam la Sabah Serawak ade dalam listkn)..hehe..kami pun dicadangkan supaye pilihlah mane2 lokasi yg sesuai..so after d fikir2 sy pun pilih la lokasi..still dlm selangor lg..tgok punye tgok..ade sorg je pilih selangor..sudent chainiese (a.k.a lay kuan)..but daerah laen..(korang la nie..asal tak pilih selangor!!!)*nada marah..heheee..(nak salahkan orang pulak..tak baek..tak baek)..hehe..maaf2:)


k nmpk name lay kuan tu kat sg. besar.. kalu campur kami 2org kat sg. besar dah jd 3 org..so diorg mesti tak campak kitorang kat kawasan yg pelik2..(larat ke nak campak kitorang nie)..huhu
n tanpe pikir panjang2..terus je pilih lokasi itu..
sob3..SET SG. BESAR..;(

kes 5: k sekarang kami da kompem akan berpraktikum d sg. besar..huhu..k takpe2..lg pun kami akan berdua..so tak la lonely sangat nnti..;)..hehe..suke dlm duke..ceyceycey..
k..seminggu lepas kami isi borang tu..keluarlah senarai penempatan...hehe.
.agak2 sy gembire ke sedih bile dpt taw penemptn nie..;)@:(..pilih2...
hehehe

k bile senarai keluar agak terkejut tp still stabill lg..hehe..sy telah d tempatkan di smk Munsyi Abdullah, Air tawar, Sabak Bernam..its ok..
but yg tak oknye..korg nak taw kenape..
because
my beloved partner cik Shamriza dpt skola laen...mak aii..mengape begitu..ish2..

dia dapat SMK Bagan terap dengan lay kuan..tak tahu macam mane boleh tertukar partner tu...pepun sy akan berpraktikum seorgg diri..bole ke??? bole ke??..ish2
Set SMK Munsyi Abdullah

kes 6: So lepas tu kami pg jumpe dgn penyelaras praktikum (Dr. Azhar)..Kami wat permohonan supaye Cik Shamriza dpt pindah sekola sy..agak2 dpt x??(asyik2 tanye soalan je kn)
hehe..ok la sy bgthu teruss^^,

Alhmdulillah Dr. Azhar kate bole..dpt la cop kebenaran dr dr. azhar..hehe..hatie ade bunge sikit..:)..buts sekarang kene pg ULM pulak(Unit Latihan Mengajar) tok buat pertukaran..n abg kat sane kate..tak kompem g k..kalu ade rezeki....baru buleh tukar.......(mcm tu pulak)..bunga2 di dlm hatie kuncup kembali..huhu..ish2 mcm2 kn..(ingat su!!! tu sume namenye dugaan jgn merungut k)^^,

so usaha kami da buat.. n skrg kene doa..ehh salah la teori nie..bukan mcm tu!!

yg sebetulnyee..usaha kene diiringi dengan doa..bukannye usaha dulu n baru doa..paham..=)

paham2^^


nak dpendekkan cerita..huhu..(baru sedar dah panjang..sorie2);)
minguu lepas baru dpt keputusan terbaru dan Alhamdulillah kami dapat bersame d SMK Munsyi Abdullah, Air Tawar, Selangor..insya'Allah kalu panjang umor tahun depan dapat la berpraktikum d sane;)

hehe..i2 la sahaje..sekadar ingin berkongsi..

sy ade search sikit td>>

mohd amin isman kate

Membuat dan menentukan keputusan memerlukan kekuatan minda yang tajam akal dan rohani agar keputusan yang bakal dipilih akan memberikan kesan baik sama ada pada diri sendiri atau kepada pihak lain. Sebagai manusia biasa kita tak terlepas dariapada masalah yang memerlukan kita membuat keputusan yang paling baik. Namun tak semudah yang diungkapkan dengan kata-kata kerana kadang-kadang keputusan yang dibuat mungkin tidak disenangi. Dalam menentunkan keputusan yang diambil maka selaku umat islam kita selalulah ‘bertanya’padaNya dengan bermunajat ditengah malam kerana hidayah dariNya akan memandu kita untuk membuat keputusan yang lebih baik. Wallahuaklam,


**Doakan kami dapat menjalani praktikum dengan baik ye kengkawan**
Smoge kalian juge dapat kecemerlangan yang diinginkan
Aminn
^^,
****************



Friday, October 22, 2010

only 1 in 4 years

~~post nie also d tulis semase mewriting tesis>>
upss...tak2...up sikit kot..mengedit tesis..gagaga

"ONLY 1 IN 4 YEARS"

event :Malam Pra-Graduasi (MPG)At-48..
place: Regency Hotel, KL..
time: 8.30pm-12pm


k event nie..special tok bdk kos Scs (Math) with edu.(AT48)..hehe..skrg ia jd salah 1 memorable moment in my life..ceyhh gitu..

k klu de bc post sebelum nie Dr. Suraya..(de bc ke??)..hehe..blik dr progrm tu kul 1pm..siap2 segale bagai..kul 2pm nk gerak ke KL..fuhh..agak kengkelabutan disitu..buts..ok je..hehe..

k siap2 je..kuar la dr. umh tok naek bas..sy pilih trip 1'st..sebab mls nk rush tok diner malm tu..klu 2'nd trip gerak kul 5pm..hehe..xpe la..yg penting sampai..Alhmdulillah^^,

dtempatkan d table 6....urusetia da susun tempat kita..n yg penting terpisah dr GENG ok..
..sob3...sape urusetia dia nie..
tak puah atiee!!!..


haha..marah nampak kak..hehe...
...sje je wat gimik..

sebenornyee...wlaupun t'rpisah tp sonok OO..sbb dpt duk gan org2 baru..hehe..beshh pe..k kat meja 6 tu sy duduk gan (cik salwani, cik G'ah, cik Syida, cik Sakiah, cik Nadia n the only guy Mr. Small a.k.a the mumyy group ktorg)..tq korg..hehe..

...k sekarang nak tunjuk picture2 sikhett...

Nie makanan sy tok mlm tu nyam2^^,

.

emm tq tok pemberi hadiah no.44 ..tgok la mcm2 adia sy nie...10kiew


ade nmpk tak t.tangan sy??..cube cr..hehe..
mne2...jumpe??

*klu...bwh perkataan HOTEL at center^^

wa jumpe la..pandainyee..winkwinkwink~



nie gamba last kami 2'gether2..At48 members..
semutzz2 kechill^^,

k..now tinggal 1 minggu je kt bersame...after dis....sume akan g berpraktikum..
(try to bee the good teacher)
pesanan Prof Shah..."yg penting effort awak mase mengaja tu!!!!"
(sile bc dengan nada Prof. shah okeyss)^^,

hehe..ok cukup kot..

ehh..jap2...ha' nak bg ucapan sket:

epi bufday..smoge panjang umur murah rezeki..dipermudahkan urusan...n bertambah2 comell pd c kembar bulan @ geng si kechil
hehe...

*nun ayuni bt. Ab.llah ..noon..(6 Oct. 2010)
*Hazlindah bt. Md. Isa ..linda..(21 Oct. 2010)
*Norhayati bt. Ahmad ..yatie..(22 Oct. 2010)

..n de lassst one...tok sume student At48..gud luck tok tesis kt..hope sumee dpt A k..hehe..
.Aaminn.

alwyss 2gether..keep in touch..luv u alls..

***

Dr. Suraya^^,

~~mencuri mase d saat mewrite think=writing THESIS..wokeh!!hehe..

Last week>> attending

Seminar Rawatan Islam "Perbomohan vS Rawatan islam"
"Benteng kediaman, Diri dn Keluarga"
Date: Sabtu, 16/10/10
Place: Dewan Serbaguna KUO, Upsi
Time: 8.00 am-1.00pm

da boleh jd perawat ke???..ape tu perawat...hehe.....xpe2 nnti korg pehemm..
starting diyecamnie>>>
lame da rse nak joint program cemni..tp xde pluang..so bile tibe2 terpandang memo kat board..hapelagi sambar la...zasssssssssssxx..huhu..
bak kate org tua2 "sape cpt diye dapat"...(tua ke???..)..haha..ape2 je la..kn..kn..kn..

meh nak share sket ilmu yg dpt dr prog. tuh...hehe...
best tw semina nie...dpt juge blaja cara2 nk jd dokter....dokter??...owhh dokter...hehe..
dockter pe tu kak uii???...hehe..lepas nie buleh panggil sy Dr. Suraya k..heee...sukeeeeee..
...Ya Allah!!..anak sape nie perasan tul..huhu..
...seminar nie senanye...blaja care2 tuk merawat org kalu kene ganguan..
...gangguan ka???
ape tu gangguan..
dgn kate yg korg paham "HISTERIA" k
...^^, ...

(sambil malu2 nak ckp)..nk preape tok jd ckgu la nie..almklumla kat sk kn byk de kes2 nie..
...so klu kene handel..ade la ilmu skett kn..xla cikgu lari lintang pukang kot...hohoho..

xdpt nk cite pepanjang..(tesis x siap g ooo)...hehe..buts point yg ustz pesan..kite kalu nak blaja ilmu2 nie kene de berguru jgn dok shock sendiri k n alwyss remeber that walau ape pun..whatever happen!!!..by hook or by crook sume yg berlaku tu datang dr. Allah...walaupun kita terkena sihir, saka n also histeria or other such thingss..sume2 tu Allah yg izinkan..so wacammane sekalipun...nak pulihkn..mintak pd Allah bukan pada bende laen k..
hehe..cey..wa' gitu..^^..



Time table nie d ciplak dr urusetia program..huhu..sorry^^
(mcm la bubuh kat sni org buleh bc..kecik mcm kuman kut)

hehe.. blik dr semina nie...ade event laen yg sonok jugee..hehe..kalu berminat sile la bc post lepas nie k...huhu.. at last!!alwys remember...sape diri kita nie..(think)^^'
..huhu..sy adelah manusia yg sentiase berpijak d D bumi Allah as Khalifah^^..
...behave your self Dr. suraya..hehe..(pinjam tittle Dr.>>xmalu)
..peace..

Friday, October 1, 2010

Kali ke-2 tanypanyee...

Lame x taip something kat snie.....hehe..bukan sbb da xsmangat taw..cume kurg berkesempatan..nk share ape ye kali nie????..emm...jap ea nk pikir....hehe

upss ha' tb2 je dpt idea...emm tp cite nie agak sedih sikit...emmm bukan sikit tp banyak...banyakkkk sedihh....but rsnye nk juge share..huhuhu

tengok tittle kali ke-2 tanpanye.....ape mksudnyee kn...hehehe...senanye nk share skit..tentang syawal kli nie....emmm...syawal kli nie msuk kali ke-2 xdpt beraye bersame dia......perasaan xtw nk ckp la..rinduuu sgt kat dia...sgt...sgt...sgtt

tp sume dah ditakdirkn kn...dia telah kembali pd Allah terlebih dahulu....kami redho sumenye...
Dia yg sy mksudkan tu adlah arwh nenek sy...rinduu sgt kat nenek...rinduuu..rinduuu sgtt...kali nie dah msuk kli ke-2 syawal tnpe nenek...
meh sye cerite sedikit tentang kesahh sy & arwh nenek...emmm...sy mmg dr kecil sejak lahir la memag tinggl dengan nenek....memang sume adik beradik dr kecik lg dah tinggal dgn nenek...yela mane taknye...ayh saye ank bungsu lelaki dan dah jd adat kat tempat kami anak lelaki bungsu yg akan tinggal dengan ibu dan bapenye...emmm...kira kami nie menumpang la di rumah nenek...1 family duduk umh nenek..hehehe...walau menumpang tp kami x kesah pun sbb mmg seronk...expecially time raye sbb sume sepupu sepapat akan datang umh kami...bleh maen same2..tp sekarg x same...bile nenek dah xde x rase mcm dulu lg la kn...sume dah laen...

sy ingt lg...nenek pergi tinggalkn kami...pd 1 april 2009..hr rabu...waktu pg..time tu sy ade d UPSI... nenek x sakit pun...meh sye crite sikit tentang kejadian pg tu yg sy taw..

info drpd mak:
mak kate mse mak nk sembahyg subuh tb2 mk dgr suare org panggil..mk rse dr bilik nenek..pastu mk rse pelik teruss pg bilik nenek..time tu nenek dh bentang sejadah dan tengah siap2 nk sembahyang subuh...time tu jugee tangan nenek x boleh gerak..mcm strok...then nenek trus rebah....pg tu abh truss bwk nenek pg hospital...n x lame lps tu dlm kul 8am lbh kmi pun dpt berite nenek dah meninggl....emmm sedih...mcm x sangke knn...mlm sebelumnye sy rase nk sesgt tepon umh....mcm rindu sgt kat umah...time tu truss tgok jam...jarum mstu tunjuk kul 11.30pm..sy ckp dlm atie...emm klu call kompem xde org angkat..sbb selalunye time2 tu diorg da tido..xjd la call....rupe-rupenyee sume 1 family x tdo lg....mlm tu diorg tdo lmbt..nenek... emak...adik beradik laen sume borak2 siap mkn roti canai lg...mmg xde rezekilahkn nk ckp dgn nenek mlm tu...xsangkee esoknyee nenek pergi...

nenek x penah sakit kuat..klu de pun setakat lenguh2 kaki camtu je...tu yg wat sy lg terkejut....namun sy redho...(nenek sentiase sehat sbb nenek rajin berkebun kot)..pokok2 buah2 kat umh nie nenek la yg tanam...ktorg tolong mkn je..hehe...

sangat rindukannya...
tapi Allah lebih rindukannya...
sangat sayangkannya....
tapi Allah lebih sayangkannya...
sangat mencintainya....
tapi Allah lebih cintakannya...

Dari Allah dia datang...
kepadaNya dia kembali...

mse dua minggu sblum nie sy adela balek umh...
ingat lg dialog terakhir sy gan nenek..mastu nk salam gan nenek nak blik ke UPSI semula n nenek tengah masak kat dapur nenek (nenek suke masak sendiri jd mmg ade dapur khas tok nenek)^^,
sy: Nenek...nk blek dulu yee..
nenek: la dah nak balek ke..sekejapnyee cuti..
sy: hehe..cuti sabtu ahad jee nek..
nenek: owh..ye tak apelah...bile balik lg???
sy: xtaw la nek...hehe...(senyummm)..mintak maaf ye nek klu de pape..(truss salam nenek)
nenek:baek2 yee...
sy:^^,
semuanyee tinggal kenangan...

ape2 pun kami cucu2 pd nenek sentiase respect nenek...nenek mmg bguss...xpenah tinggl solat mlm...suke ziarah org..rajin sedekah expecially tok cucu2 dia (kami la org yg pling seronok)...hehe...n arwh nenek mmang rajin mengaji...mak kate org yg rajin mengaji kuat ingatan..emm cthnye mcm nenek la...nenek buleh ingat n0.telepon sedare mare dia..xyh tengok2 kerts klu nk call nie...semua n0.telepon ank2 nenek ke-8 lapan sume nenek ingat...ha' kt boleh ke???...hehe...tips kat snie kne la rajin mengaji Al-Quran...ha' 1 lagi nenek xpernah marah org..btull xtipu....sbb tu nenek nmpk awet mude...hehe...

moment maen masak2...lame dah x maen^^,
dulu2 ktorg suke maen masak2..bile maen masak2 gunela periuk...mcm masak betull2 tu...hehe...mak mesti org 1'st yg akan marah...huhuhu..mne xnyee abis hitam periuk...yela masak gune kayukn...tp klu time tu nenek ade...nenek siap amekkn periuk bg kat ktorg...haha...nenek kate klu xmaen time kecik2 nie bile lg...huhuhu...skrg mmg sedar betull ape yg nenek ckp tu..syukurrr...

emmm lg 1 nenek suke bercerita kesah2 zamn nenek dulu2..skrg xde org nk crite pd ktorg lg..pepun tu sume dah tinggal kenangan...banyak yg sye dpt belaja dr nenek..syukur sgt sebb dpt tinggal dgn nenek..byk bende yg nenek cerite dulu sy dpt tengok n apply sekarang....btull ape yg nenek bgthu n cerite kat sy duluu...hehe...

wa...tb2 panjang pulak post kali nie..tp byk lg yg nk share about nenek nie senanyee..hhuhu...xpela Insya'Allah laen kali...panjang umor sy crite lg...kite doakan semoge roh nenek ditempatkan dikalangan orang yg beriman dan mari kite sedekahkan Al-Fatihah untunyee...Bismillahirrahmanirrahim...

KENANGAN...

Selagi ia bernama kenangan pasti segar dirimba ingatan

Kenangan membawa diri menjelajahi semalam meskipun berasa suram...

Kenangan membuat diri sedar..

Tiada pertemuan menjanjikan abadi..

Hanya pertemuan dengan yang Esa kekal Abadi

Kenangan mebawa diri meniti sejarah semalam dan berusaha untuk melupakannya...

namun semuanya tidak berhasil kerana

Kenangan Tetap Kenangan...

Selagi bernama kenangan pastikan sentiasa segar di rimba ingatan..selamanya...

by qasdina

rinduu+syg khass utk nenek: dr cucu mu...

Saturday, September 4, 2010

cat umah


aikk bru je smpai umah da cat umah..( my aunty tanye)...ekekeke

jwb dlm ati(besa la acik mak ktorg kn)..klu bleh hr nie juge kene clean n clearkan umh ktorgr nie..

tu sawang buang gune nie...nnti cermin depan ti lap...pastu pasang langsir sekali...lantai atas tu nnti g mop....ha' ptg nie mak nak g Banting(pekan) korang nak buat biskut cornflakes x???...nnti mak g beli bahan...adusss our beloved momy nie..ponim kami....our mamy nie bleh sekali nafas je bleh cakap bende2 nie...hehek...sori mak bukang ghumpat..huhu..

..semput ktorg mendengarnye...hukhukhukk~..

hr nie baru setel 1..cat umah..tu pun sekerat..abg. mie tanye...cat ade lg x (coz dia yg sponser cat)..i jwb..cat de g sket..tp ktorg buat2 cam da abiss..haha..pemalas toll...ish2..pepun seronok dpt gotong-royong ramaii2...nah tgok la gmba nie:

haha..gamba cat je

nk tunjuk gamba umh mcm umh xsiap..mak kate (korg nie hangat2 tahi ayam la bile wat keje)...haha..amik sebijik dr mak...padan muke...laen kali wat keje bior btull...hehehe....
...ok...mak we will...thanz sume...hehe...rase sgt bertuah bersame korg sume...
smoge kuarge kite bahagia selamenye...aamiiiin^^,