Wednesday, February 16, 2011

Minggu Pertama Mengajar>>

Assalamualaikum…semua…
Tarikh: 12 feb. 2011
Tempat: Teratak nan indah
Masa: 8.50
Minggu mengajar: 1

Hari ini, hari sabtu jadinya ciksu cuti dan tak taw nak buat ape. Last-last teringat kat blog dan teringin nak post something. K, perkara pertama, ciksu nak cerita tentang tempat ciksu tinggal. . Cik su mengajar pagi dari pukul 7.30am-2.00pm. Ciksu tinggal di rumah kg.  je. Alhmadulillah setakat nie kadang-kadang je tak dapat line phone @ bar 0. Huhuhu~. Dulu macam-macam cerita ciksu dengar berkenaan guru-guru yang mengajar di pedalaman. Sekarang ciksu dah rase sendiri. Padahal tak la pedalaman sangat..haha..ok. meh nak cerita berkenaan rumah yang ciksu tinggal. Rumah ni rumah 2 tingkat. Rumah ats dan rumah bawah. Rumah ats rumah papan. Rumah bawah rumah batu. Pagi panas dan malam sangat3 sejut sepeti d obersi. Kawasan laut dan kawasan ladang kelapa sawit. Depan rumah ade parit. Macam-macam hidupan dok dalam tu. Ada udang galah, ade bermacam-macam jenis ikan. Mula2 tak percaya tapi bile tengok dgn mata sendiri. Memang tak tipu. Ade satu perangkap yang tuan rumah a.k.a mak usu, pasang. tak tau la perangkap tu nama ape..dan  bile kami try angkat perangkap tu. Keluar la ikan..udang..huhu..Hari-hari setiap kali balik dari sekolah, mak lang. a.k.a makcik yang tinggal setapak je dari rumah kami akan bagi bermacam-macam buah-buahan. Setakat nie buah-buahan yang kami dah rase buah pisang emas, durian, jambu keling, nangka, mangga dan kedondong. Bagus kan!..=)

K tu adalah pengalaman tinggal d kejauhan setakat nie..

Terlupa pulak nak bagitahu, ciksu tinggal berempat kat umah tu. Semua berasal dari negeri yang berlainan @ 1 malaysia. Hehe. Cik. Eja berasal dari Kelantan (Single n in relationship), Cik. Sha dari Johor (udah bertunang) dan Pn. Shida (pengantin baru), Ciksu (?????) motip la kan bagitahu status  kat snie..hehehe..k sume pun ok..ciksu pegi skolah tompang keta Cik sha je, tu pun Alhamdulillah ade yg bawak kenderaan kalau tak tak taw la=)

K tu tadi pengalaman tinggal d kejauhan, sekarang ciksu nak cerita pengalaman d sekolah pada first week ni..

Ciksu belum start mengajar sebab ciksu bermula dengan ROS dulu. ROS nie singkatan untuk (Rancangan Orentasi Sekolah). Ciksu perlu ronda-ronda satu sekolah amek2 gambar, cari sejarah sekolah, visi,  misi dan banyakla lagi berkenaan sekolah dan tuliskan report. Ha’ camtu la lebih kurang. Minggu nie ciksu kena relief 2 kelas, kelas pertama kelas 5SCS dan yang kedua 4MPV. Masa kat kelas 5 SCS ciksu suruh diorg perkenalkan diri dan ciksu buat 1 aktv. Dengan diorg. Student kelas 5SCS agak suke menyakat. Tp so far so good. K kelas 4MPV pula agak menarik.  Sebelum masuk kelas 4MPV nie, ciksu tanye la kat beberapa student, kelas tu kat mane?. K ade sorg yg jawab “ala ciksu kelas yang tak de orang”..dengan muka berkerut ciksu pun pergi dari situ dan ucap terima kasih pada student tu..haha..agak hairan!
K bile ciksu masuk kelas tu rupa-rupanya semua student dia lelaki..haha.. patutla pun. K kali ni ciksu tak suruh diorang perkenalkan diri pun sbb student dia sikit, sambil2 wat aktv. nanti baru ciksu nak tanye nama diorang. Aktv. Yang ciksu buat pun aktv. Yang sama je dengan kls 5SCS tu. Huhu.

Sebelum ciksu buat aktiviti, ciksu perkenalkan diri terlebih dahulu. Ciksu bagitahu nama, mengajar subjek ape dan dari UPSI.K habis je buat aktv. Ciksu pun borak-borak la dengan diorang. Tiba-tiba ade sorang student tanye. Cikgu ni dari Mesir ke?. Ciksu jawab:: taklah nak pergi Mesir tak kesampaian. Hehehe.Lepastu student tu tanye lagi. Cikgu OBERSI kat mane? Ciksu terpinga-pinga:: Ha!!.. ehh..erkkk..bukan-bukan cikgu bukan dari Mesir, dan bukan dari Oversea. Cikgu dari UPSI.haha. rupe-rupenye student tu terkompiuss.. cube anda semua sebut UPSI dan Obersea kan lebih kurang samatu.ngeh..ngeh..ngehhh..
Tak pela..tak lame tu student tu tanye berkenaan hal di Mesir. “Ape sebenarnya yang berlaku?” hehe. Nasib baek ciksu ade la mengupdate hal-hal di Mesir tu..boleh la jawab setakat yang ciksu mampu..Alhamdulillah..lege2..

Stakat nie ade 2 projek yang ciksu dan partner ciksu iaitu cikja perlu siapkan. Yang pertama projek taman sains dan yang ke-2 projek kalkulator grafik berkenaan ayunan bandul. Ish-ish..bile cikgu math perlu mengexplore sains..grrrr....xpe2 anggap itu 1 cabaran!.. hehe
K la, tu sahaje yang ciksu nak cerita kali ni..ahaaa..panjang berjela nampaknye..Insya’Allah ciksu akan mengupdate untuk minggu ke-2 pulak. Doakan yang terbaik tuk ciksu di sini ea. ^^,

nie antara hasil tangkapan kami^^, xtipu taw..

No comments:

Post a Comment